Pemakaiannya pula bergantung kepada jenis lipatan tudung yang dikenakan pada kepala si pemakai. Tetapi yang asasnya, kerongsang di pakai di bawah bahagian dagu iaitu khas untuk memastikan tudung yang dipakai betul-betul tidak longgar yang boleh menyebabkan kain tudung terkeluar dari landasan yang sepatutnya.
Yang kedua adalah dipakai di bahagian bawah dada bagi tudung yang jenis bukan siap dijahit. Ia adalah untuk merapatkan antara kedua-dua bahagian tudung supaya bersatu dan menjadikan pemakaian tudung lebih kemas.
Antara fungsinya yang lain adalah untuk memberatkan tudung supaya tidak seperti lalang yang ditiup angin.