Monday, October 19, 2009

Mewah, Eligant, Bergaya, Terampil dan Kemas

Kerongsang adalah sejenis alat yang pada asasnya adalah untuk mengekalkan kedudukan yang statik pada pemakaian tudung khususnya kepada muslimah. Bukan sahaja di Malaysia pemakaian kerongsang dipraktikkan, malah di mana sahaja terdapatnya umat Islam, maka di situ jugalah pemakaian kerongsang diaplikasikan sejajar dengan perubahan pemodenan hari ini.

Pemakaiannya pula bergantung kepada jenis lipatan tudung yang dikenakan pada kepala si pemakai. Tetapi yang asasnya, kerongsang di pakai di bawah bahagian dagu iaitu khas untuk memastikan tudung yang dipakai betul-betul tidak longgar yang boleh menyebabkan kain tudung terkeluar dari landasan yang sepatutnya.

Yang kedua adalah dipakai di bahagian bawah dada bagi tudung yang jenis bukan siap dijahit. Ia adalah untuk merapatkan antara kedua-dua bahagian tudung supaya bersatu dan menjadikan pemakaian tudung lebih kemas.

Antara fungsinya yang lain adalah untuk memberatkan tudung supaya tidak seperti lalang yang ditiup angin.

Kerongsang King

Menjual sejenis krongsang Mewah untuk wanita-wanita muslimah untuk kekal anggun dan bergaya yang sesuai digayakan di mana sahaja.